Sunday, 25 September 2016

FIQH WANITA - KENTUT FARAJ

Alhamdulillah....baru tau kenapa hadapi masalah nie...
sbb suke buang hajat b4 angkat wuduk.

InshaAllah...setelah ikut apa diajar....xberlaku lagi....SubhanaAllah.......







Penulis: Dr Rosediani Muhammad.
(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)
Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)
Pengenalan
Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.
Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.
Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.  Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.  Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka.  Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

Hukum dan implikasinya
Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
1. Berdehem selepas membuang air kecil.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Saturday, 24 September 2016

PULUT KUNING


This resepi never fail me.....sedap n lembut...
peberet abah......
selalu orang buat sebab ade occasion.....mak buat sebab
ade daging korban.....😊
Soo...buat rendang,sambal tumis udang n telur rebus

 photo PhotoGrid_1474715866448.jpg


Sumber : Chef Hanieliza




Bahan
1 kg beras pulut - basuh bersih
2 keping asam keping
1 sb kunyit serbuk- bancuh dgn air
air secukupnya untuk merendam pulut.


3 cwn santan - 1.5 biji kelapa
garam n gula sekucupnya
3 helai daun pandan




Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit sekurang2nya selama 5 jam (better rendam semlman)
untuk mendapatkana warna kuning. sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang Or dlm loyang
5. Kukuskan 5 minit
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul rata santan dan pulut. masukkan daun pandan.Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan lagi selama 25 - 30 min or sehingga masak
(Setiap 10 min karihkan agar masak serata)
11. kalau nak buat bentuk,masukkan dlm acuan semasa
pulut masih panas


Note : klu dlm 25 min pulut masih kurang lembut...renjiskan air pade permukaan pulut.kukus lagi 5 min.inshaAllah lembut sempurna.

Kali ni mak rendam 6 jamjek selalunya semalaman.





Wednesday, 21 September 2016

KERUTUP KELANTAN

Kalau diperhatikan masakan yg menggunakan rempah ,
bhn yg diguna lebih kurang sama...
Yang beza rempah yg diguna.....

Tuari negok rancangan masakan spice trip...
tunjuk pokok cengkih....dari pulau zanzibar...
SubnaAllah...penduduknya Islam...masa chef tiba
kat pulau tu....berkumandang laungan azan....
2x azan kedengaran mase rancangan ni dirakam...

what surprise me...wlu nmpk terpencil...
ramai jgk yg pandai speak english...



 photo PhotoGrid_1474380085092.jpg

Xpernah imagine this clove came from beautiful flower...
ingat originate camtu....gupenyer bila bunganya dikeringkan baru
dapat gupe yg mcm selalu kite gunakan.....




 photo 20160920_143655.jpg


Lauk nie mak rase lebih sesuai mkn dgn nasi
berperisa....kali ni ganding dgn nasi serai



Bahan :

1 ekor ayam


Bhn kisar :

3 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inc halia
1 inc lengkuas


1 btg serai - titik
1 sb sos tomato
700 ml santan  - 1.5 biji kelapa
3 sb rempah kerutup - campur sket air


Cara :

1.Tumis serai,masuk bhn kisar.wangi, masuk rempah.
2.pecah minyak ,masuk ayam gaul rata ayam tukar warna
masuk santan.
3. Reneh hingga ayam empuk n kuat pekat


Tuesday, 20 September 2016

CUSTARD PANCAKE

Namejek custard pancake....tapi sebenarnya pan cake aka
lempeng dimakan dgn custard....

Balik keja tadi abah bersuara....

Abah : "lah buat custard senang x....i terasa nak mknlar..."
Mak :  "Custard?"
Abah : "Ala yg inti cream puff tuu...tapi i nak inti dierjek"
Mak "nak makan ngan ape"
Abah : " nanti i beli roti"

Balik dr masjid..abah surprise negok mak buat pancake....
mmg gandingan yg yummylicos....nyum2....😊


 photo 20160920_205037.jpg



2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung (mak gune tepung kastard)
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega

Cara Membuat Kastard:
1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
4. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
5. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental.
*Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.


6. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati.


 photo 20160920_193913.jpg






Monday, 19 September 2016

KEMBALI KEPADANYA...

Saat jantung terhenti....denyutan nadi tidak terasa lagi...
Saat roh keluar dari jasad ....untuk kembali kepada Illahi.....


 photo IMG_20160514_144109.jpg

First time attend kursus nie....and first time ngk jenazah dimandi n dikapan.....sangat menginsafkan.....😢😢😢

Alhamdulillah Arwah atuk Kassim n Atuk Bedah meninggal dirumah....disisi anak2....

Atuk bedah meninggal selepas waktu subuh....balik dari surau...
atuk Kassim suruh kami mintak ampun....selesai sahaja mak mintak ampun....atuk bedah yg diam sbb koma... nampak mcm menarik nafas....mak ingat lagik atuk ajar ucap syahadah...
pelan2 nafasnya hilang.....😢😢😢


 photo PhotoGrid_1474246700407.jpg

Masa atuk Kassim...mak sorangjek mengadap...sbb mak cuti...
Alhamdulillah diilham Allah utk berbuat demikian...
Atuk meninggal dirumah mak long.....

Atuk Kassim pun koma ....Alhamdulillah...Allah ilhamkan mak ajarkan atuk mengucap kalimah Allah... wlu sebenarnya mak xtau telah tiba masenya.....
disaat akhirnya...atuk menghela lembut.....😢😢😢


Bila dah pasti baru mak bgtau abang ijat...melompat dier terperanjat....ialah mak xbgtau until atuk tiada....sedangkan dier berbaring dikatil sebelah....

Bukan ape...dari ape yg mak baca...disaat akhir2 kite...banyak dugaan sebelum roh keluar...seharusnya kite yg hidup ni ajar sebut nama Allah...

Takut mase mak sibuk bgtau abg ijat itulah mase roh keluar...
sbb tu bila Allah ilhamkan...mak terus ajarkan atuk menyebut kalimah Allah.....sehingga pasti atuk dah pergi....

Syukur sangat sbm tu mak diajar oleh ust Yahya bapa uncle Suhaimi....utk mengajar atuk sebut "ALLAH" "HU" saja...

Ialah...klu ajar baca LailahailaAllah....takut xsempat bace habis...bahaya...sbb maknanya tiada tuhan melain Allah....

Takker haru klu terberenti...masa sebut tiada tuhan...
dari apa yg mak bace mase nielah peluang2 terakhir syaitan nak menyesatkan kita....jadi permudahkan urusan mereka dgn menyebut kalimah mudah dan jelas...


 photo IMG-20160918-WA0033.jpg

baru2 nie telah pergi permata islam...ust harun din...


Zuhud sungguh hamba Allah nie....org Alim...setelah mati pun yg baik2 saja cerita pasalnya yg keluar....
dpt 1 juta...tapi bg masjid....subhanaAllah....klu kite tentu dah byk hal 2dunia kite rancangkan....

peringatan utk diri sendiri juga....buatlah persiapan utk menghadapi mati.....Allah dah bgtau balasan syurga or neraka...
soklan munkar n nankir pun dah lama bocor....


jadikan cerita ini iktibar...ini baru seksa kubur.....😓😢



 photo Screenshot_2016-09-19-16-53-41-1.png


 photo Screenshot_2016-09-19-16-54-00-1.png


 photo Screenshot_2016-09-19-16-54-19-1-1.png





 photo PhotoGrid_1472856983866_1.jpg



 photo PhotoGrid_1474270906091.jpg








Tuesday, 13 September 2016

HARI RAYA AIDIL ADHA/RAYA HAJI

 photo Screenshot_2016-09-14-11-47-07-1.png

seronoknya raya haji ...tadbir dilaungkan 3 hari....
tapi yg xseronoknya....rata2 dikaca tv almost setiap wajah ade kesuraman...

ianya bacaan tadbir ..bukan bacaan talkin....seharusnya terbit wajah gembira dan bersemangat kerana sedang memuji2 Allah..

klu raya aidil fitri...kita telah berjaya melakukan puasa,solat tarawih...bykkan beramal...

klu aidil adha mengambil iktibar tentang pengorbanan nabi Ibrahim & nabi ismail dan para jemaah yg sedang menunaikan fardhu haji

bukanlah nak suruh senyum sampai nampak gigi....tapi tampilkan wajah happy dan bersemangat dlm memuji2 Allah yg Maha Agung.......💖💝


 photo PhotoGrid_1473764887169.jpg


Taun nie happy sangat sbb dapat berkumpul adik beradik...
jumpa cucu....Hana Ariana.....cucu pertama acik....cicit ke-3
Atuk Kassim n atuk Bedah



 photo PhotoGrid_1473765101280.jpg



 photo PhotoGrid_1473765149346.jpg



Wednesday, 31 August 2016

JEMPUT-JEMPUT UDANG PEPAI


 photo PhotoGrid_1472635211621.jpg




Hujan .....hopefully it will chase the haze away.....InshaAllah





Bahan :

1 mangkuk kecik udang pepai
2 cwn tepung gandum
1 cwn air
1 biji telur  - pukul sket
1 genggam taugeh
3 pokok kucai
1/2 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa




adun sebati semua bhn,goreng nipis(curah minyak pade tepi kuali.sudukan adunan pade tepi kuali,leperkan.kemudian tolak kedlm minyak)