Monday 24 April 2017
CHURROS
Syok bila dip2 churros pade coklat....Churrosnyer ranggup
diluar lembut didalam
Akaklah yg paling suke....surprise balik add class ade Churros...
Saje xbg tau nak buat.....takut angin rajin xstabil tiupannyer....😆
Sumber : Bicara Kak Noor
Bahan-bahan nya
1 cawan air
100 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
sedikit serbuk kayu manis (mak omit)
Garam
minyak untuk menggoreng
secukupnya gula kastor /coklat
Cara membuatnya
Masukan air didalam periuk dan masukan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
Masukan tepung sedikit demi sedikit yang telah di campurkan dengan garam, dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul
bila tepung sudah tidak melekat boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
Bila dah betul-betul sejuk baru masukan telur
** JANGAN masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang putar dengan mixer sehingga sebati selepas masuk sebiji telur, kemudian tambah lagi satu biji telur dan putar lagi sehingga betul-betul rata.**
Panaskan minyak,kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang. Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan,angkat dan toskan
Care mak goreng :
picit adunan sehingga keluar pjg yg dikehendaki
Then potong dgn gunting.
**Jatuhkan pelan2 pade minyak setelah adunan klr tegak pastu gunting
Supaya cantik tegaknyer**
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment